Pelarasan:
Setelah alat ini digunakan pada zakar, anda bolehlah melaraskan daya regangan (traction) yang dikenakan kepada zakar dengan menggunakan skru pelaras pada rod penyambung.
Bagi hasil yang tepat, kami mencadangkan supaya anda mengekalkan daya yang seimbang pada setiap rod. Cara terbaik ialah degan mengukur jarak atau mengira bilangan laluan (thread) skru pada setiap rod. Sebagai contoh, sekiranya 7 laluan (thread) skru ditunjukkan pada rod sebelah kanan, laraskan tombol skru supaya bilangan laluan (thread) skru pada rod sebelah kiri juga menjadi 7. Ini memudahkan anda menyeimbangkan daya regangan pada kedua-dua belah rod.
AMARAN: JANGAN sekali-kali melaraskan daya regangan melebihi kemampuan zakar anda.
Selang beberapa hari atau mengikut kesesuaian anda, putarkan sku pelaras sekitar 1 pusingan, dimana sedikit daya regangan ditambah kepada zakar. Ulangi sekerap yang mungkin.
Penggunaan:
Bagi 2 minggu pertama, elakkan alat ini dari dipakai lebih dari 4 jam sehari, hanya tekanan yang ringan harus diberikan.
Selepas itu alat ini haruslah dipakai sehingga 12 jam sehari dengan daya regangan yang berpatutan bagi mendapat kesan yang maksimum.
Ketika menggunakan alat ini, zakar boleh berubah posisi mengikut keselesaan anda kecuali kekiri atau kekanan. Alat ini boleh digunakan pada siang hari dan kekal di dalam seluar yang agak longgar. Alat ini juga boleh dipakai ketika sedang tidur. Sekiranya anda merasa kurang selesa bolehlah anda menanggalkan hos silikon.
Untuk kesan yang memuaskan, alat ini hendaklah dipakai sekurang-kurangnya 10 jam sehari selama tidak kurang dari 5 bulan.
Alat ini boleh ditanggalkan dengan menanggalkan hos silikon daripada kepala zakar dan kemudian keseluruhan alat tersebut dari batang zakar.
Apabila tidak digunakan, alat ini bolehlah ditanggalkan. Bagi memudahkan pemasangan semula, jangan alihkan skru pelaras. TIP: Tandakan pada rod lokasi skru pelaras.
Penjagaan:
Alat ini hendaklah dijaga dengan cermat. Jangan sekali-kali membengkokkan rod penyambung, memutuskan silikon hos atau memecahkan komponen plastik.
Komponen plastik bolehlah dibasuh dengan air dan sabun yang sedkit. Walaupun bahan yang digunakan adalah anti-karat, sebaik-baiknya jauhkan dari merendam kedalam air. Chlorhexidine alkohol 0.5% boleh digunakan sebagai pembasmi kuman yang terdapat pada alat ini.